Sunday, August 16, 2009

Hari Pernikahan











15 Ogos 2009, merupakan hari yang paling berbahagia buat aku (Asnawi) dan pasanganku (Nurul Farhana Binti Emran) yang merupakan hari pernikahan kami berdua. Kami telah bernikah d Masjid Al-Bukhary, alor Star pada pukul 2.30ptg. Akad nikah telah dilakukan sendiri oleh ayah mertuaku sendiri iaitu Hj Emran bin Lebai Osman.
Akad Nikah itu telah dihadiri oleh keluarga terdekat dan selepas akad nikah d masjid sedikit jamuan makan telah diadakan di rumah Isteriku. gambar-gambar di atas merupakan sebahagian gambar yang telah diambil dan diedit oleh sepupu isteriku. Terima kasih kepada Ibuku dan juga 2 orang adikku serta makcikku yang datang sebagai wakil untuk pihak lelaki. Terima kasih juga kepada Ayah serta Ibu mertuaku yang sudi untuk mengahwinkan anak perempuannya dengan diriku.. Terima kasih juga kepada semua yang telah hadir pada hari pernikahan kami..